IZZA BOUTIQUE updated NEWPAGES Profile
Nov 5, 2020 at 11:18 am —
IZZA BOUTIQUE updated NEWPAGES Profile
Nov 5, 2020 at 11:18 am —
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:58 am —
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:57 am —
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:57 am —
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:53 am —
Sihir Untuk Menceraikan Suami Isteri 每 IKHTIAR SYIFA

Sihir Untuk Menceraikan Suami Isteri 每 IKHTIAR SYIFA

Allah SWT berfirman, maksudnya: ※Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak melakukan sihir, hanya syaitan-syaitan itulah yang (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengerjakan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, &Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.* Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalah mereka mengetahui.§ (Al-Bawarah (2) : 102) Dari Jabir RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ※Sesungguhnya, Iblis meletakkan singgahsananay di atas air kemudian dia mengutus tenteranya. Yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang di antara mereka datang seraya berkata, &Kami belum berbuat apa-apa.§ Nabi shallallahu &alaihi wa salam bersabda, &Kemudian salah seorang mereka datang seraya berkata, &Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya dari isterinya.* Nabi SAW bersabda, &Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata, &Ya, kamu.§ Al-A*masy (perawi) berkata, ※Aku melihatnya (Nabi SAW) bersabda, ※Kemudian dia menjadi pembantu setianya.§ a) Takrif Sihir Penceraian Sihir penceraian adalah perbuatan sihir untuk menceraikan antara suami dan isteri atau untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua orang sahabat atau antara dua mitra. Macam-macamnya sihir penceraian: Pemutusan hubungan antara seseorang dan ibunya, Pemutusan hubungan antara seseorang dan bapanya, Pemutusan hubungan antara seseorang dan saudaranya, Pemutusan hubungan antara seseorang dan temannya, Pemutusan hubungan antara seseorang dan mitranya dalam perdagangan atau lainnya, Penceraian antara seorang suami dan isterinya. Jenis ini yang paling bahaya dan paling banyak tersebar. b) Gejala-Gejala Sihir Penceraian Berubahnya keadaan secara mendadak, dari cinta menjadi benci. Banyak terjadi saling meragukan antara keduanya. Tidak meminta maaf. Memperbesar sebab perselisihan, sekalipun sangat remeh. Terbaliknya gambaran seorang suami di mata isterinya sangat buruk, sekalipun sebenarnya termasuk wanita paling cantik. Pada hakikatnya, syaitan yang ditugaskan melakukan sihir itulah yang tergambar di wajahnya dalam rupa yang buruk. Demikian pula si isteri melihat suaminya dalam wajah yang menakutkan. Orang yang tersihir membenci setiap perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain (pasangannya). Orang yang tersihir membenci tempat tinggal pihak lain, misalnya isteri melihat suami di luar rumah dalam keadaan jiwa yang baik, tetapi ketika masuk rumah dia merasa sempit berat. Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata, ※Sebab penceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadapnya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian.§ c) Bagaimana Terjadinya Sihir Penceraian? Seseorang datang kepada tukang sihir dan meminta kepadanya agar menceraikan antara si fulan dan isterinya, kemudian tukang sihir meminta nama orang yang dimaksudkan dan nama ibunya berikut salah satu benda bekas pakainya (rambut, pakaian, atau pecinya). Jika tidak boleh mendatangkan benda tersebut, tukang sihir itu akan mengerjakan dengan menggunakan air, misalnya, dan diperintahkan agar menuangkannya di jalan orang yang akan disihir tersebut. Bila orang itu melewatinya, sihir itu akan mengenainya. Boleh pula diletakkan di atas makanan dan minumannya. lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:50 am —
Hukum Mempelajari Sihir 每 IKHTIAR SYIFA

Hukum Mempelajari Sihir 每 IKHTIAR SYIFA

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, ※Firman Allah, &Sesungguhnya, kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kamu kafir,* (Al-Baqarah (2) : 102) mengandungi isyarat bahawa mempelajari sihir adalah kekafiran.§ Ibnu Qudamah berkata, ※Mempelajari sihir dan mengajarkannya adalah haram. Kami tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat tentang hal ini di kalangan ahli ilmu.§ Abu Abdullah ar-Razi berkata, ※Mengetahui sihir itu tidak buruk, juga tidak dilarang. Para ulama peneliti setakat dalam masalah ini kerana zat ilmu itu sendiri adalah mulia, demikian juga kerana keumuman firman Allah, ※Katakanlah (wahai Muhammad), &Apakah sama orang-orang* yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?§ (Az-Zumar (39 : 9) Juga kerana seandainya sihir itu tidak diketahui, nescaya tidak dibezakan antara sihir dan mukjizat, sedangkan mengetahui bahawa Allah merupakan Pemberi mukjizat adalah wajib. Sementara itu, juga ada kaedah yang mengatakan, &Apa yang suatu kewajipan tergantung kepadanya, sesuatu itu menjadi wajib/ Ini bererti mendapatkan ilmu pengetahuan tentang sihir adalah wajib. Jika ia merupakan sesuatu yang wajib, bagaimana boleh dikatakan haram dan buruk?§ Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata, ※Apa yang dikemukakan oleh ar-Razi tersebut perlu ditinjau dari beberapa aspek berikut ini.§ Pertanyaan bahawa &mengetahui sihir itu tidak buruk*. Jika yang dia maksud tidak buruk itu menurut akal, para penentangnya dari kaum Mu*tazilah telah menyanggah hal ini. Jika yang dia maksud tidak buruk itu menurut syariat, di dalam ayat, ※Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman#,§ (Al-Baqarah (2) : 102) terdapat kecaman terhadap upaya mempelajari sihir. Di dalam hadis sahih juga disebutkan, &Siapa yang mendatangi seorang tukang tenung maka sesungguhnya dia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad.* Di dalam as-Sunan juga disebutkan, &Sesiapa mengikatkan suatu ikatan kemudian meniup padanya maka ia telah melakukan sihir.* Perkataannya &juga tidak dilarang*. Para ulama peneliti sepakat dalam masalah ini: bagaimana tidak dilarang, padahal telah terdapat ayat dan hadis sebagaimana kami sebutkan di atas. Selain itu, kesepakatan masalah ini dari para tokoh ulama atau dari majoriti mereka. Di manakah nas-nas kesepakatan yang dimaksudkan? Selain itu, memasukkan sihir ke dalam keumuman firman Allah, ※Katakanlah (wahai Muhammad), apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui, perlu ditinjau ulang kerana ayat ini hanya menunjukkan kepada pujian terhadap orang-orang yang berilmu dengan ilmu yang syar*i.§ Mengapakah anda katakan bahawa sihir termasuk darinyam kemudian anda naikkan menjadi wajib mempelajarinya, dengan dalih bahawa tidak boleh diketahui Allah sebagai Pemberi mukjizat kecuali dengan mengetahui sihir. Ini adalah dalil yang sangat lemah, bahkan rosak, kerana kebanyakkan mukjizat Rasulullah adalah Al-Quran yang tidak dapat dimasuki oleh kebatilan, baik dari arah depannya mahupun dari arah belakangnya, ia diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mulia. Mengetahui bahawa Dia (Allah) adalah Pemberi mukjizat tidak tergantung sama sekali kepada pengetahuan tentang sihir. Selain tu, para sahabat, tabi*in, para imam kaum Muslimin dan kaum muslimin pada umumnya mengetahui bahawa Allah Pemberi mukjizat dan sihir, padahal mereka tidak mengetahui sihir, juga tidak pernah mempelajari ataupun mengajarkannya. Wallahu a*alam.§ Abu Hayyan di dalam al-Bahrul Muhith berkata, ※Adapun hukum mempelajari sihir, jika di antara sihir itu mengagungkan selain Allah seperti bintang-bintang dan syaitan serta menambahkan kepada apa yang telah diberitahu oleh Allah, secara ijmak dinyatakan kafir, tidak boleh dipelajari, dan tidak boleh diamalkan. Demikian pula jika tujuan mempelajarinya adalah untuk menumpahkan darah dan menceraikan suami isteri atau merosak persaudaraan. Jika tidak diketahui adanya sesuatu dari apa yang disebutkan di atas, tetapi ada kemungkinannya, jelas tidak dibolehkan mempelajarinya dan mengamalkannya.§ Jika termasuk jenis sihir pengelabuan, kejahatan, dan perdukunan, tidak dibenarkan mempelajarinya kerana termasuk kebatilan. Jika tujuannya bermain-main dan menghibur orang melalui kecepatan songlapnya, dinyatakan makruh. Saya berkata bahawa ini pendapat yang sangat baik. Pendapat inilah yang semestinya dijadikan pegangan dalam masalah ini. lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:48 am —
Mengenali Antara Sihir, Karamah dan Mukjizat 每 IKHTIAR SYIFA

Mengenali Antara Sihir, Karamah dan Mukjizat 每 IKHTIAR SYIFA

Al-Maziri berkata, ※Perbezaan antara sihir, mukjizat, dan karamah ialah bahawa sihir itu terjadi dengan bantuan sejumlah bacaan dan perbuatan sehingga terwujudlah apa yang diinginkan oleh tukang sihir. Adapun karamah tidak memerlukan hal tersebut, bahkan biasanya terjadi semata-mata kerana taufik dari Allah (tidak diprogram oleh orang yang mendapatkannya). Beza mukjizat dari karamah hanya dari segi disertainya tentangan dalam mukjizat.§ Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, ※Imamul Haramain memetik adanya ijmak bahawa sihir tidak akan muncul kecuali dari orang yang fasik, sedangkan karamah tidak akan muncul pada orang yang fasik. Al-Hafiz juga berkata, ※Mesti diperhatikan keadaan orang yang mengalami hal luar biasa tersebut. Jika dia berpegang teguh kepada syariat dan menjauhi berbagai kemaksiatan, hal luar biasa yang dialaminya adalah karamah. Jika tidak (berpegang kepada ajaran Islam), maka ia adalah sihir kerana sihir itu muncul dari salah satu jenisnya seperti membantu syaitan.§ Peringatan Mungkin ada orang yang bukan tukang sihir dan tidak mengetahui sihir sama sekali, kemudian dia juga tidak berpegang teguh kepada syariat, bahkan mungkin melakukan berbagai kemaksiatan atau termasuk ahli bidaah dan penyembah kubur, tetapi muncul ※hal luar biasa§ pada dirinya. Ini merupakan bantuan syaitan agar tariqat bidaahnya tampak bagus di mata orang dan diikutinya. Hal seperti ini banyak terjadi khususnya jika orang tersebut adalah pemimpin salah satu tariqah sufi yang penuh dengan bidaah. lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:47 am —
Tiada Zuriat Punca Gangguan Jin? 每 IKHTIAR SYIFA

Tiada Zuriat Punca Gangguan Jin? 每 IKHTIAR SYIFA

Masalah sukar dapat zuriat itu terbahagi kepada dua iaitu yang berlaku secara tabii yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir. Masalah sukar dapat zuriat yang berlaku akibat Gangguan Jin mempunyai tanda-tanda tertentu, Antaranya; Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam. Kusut fikiran. Sakit dibahagian tulang-tulang belakang. Mengigau ketika tidur. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan. Sukar mendapat zuriat yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini. Pertanyaan Lanjut: >> PM kami di Facebook << lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:44 am —
Bolehkah Melawan Sihir Dengan Sihir? 每 IKHTIAR SYIFA

Bolehkah Melawan Sihir Dengan Sihir? 每 IKHTIAR SYIFA

Qatadah berkata, ※Aku berkata kepada Sa*id bin Musaiyyib, ※Ada orang yang sakit atau diambil dari isterinya apakah boleh dibebaskan darinya atau diubati?§ Ia berkata, ※Tidaklah mengapa. Mereka hanyalah ingin melakukan ishlah (kebaikan). Adapun sesuatu yang bermanfaat maka tidak ada larangan darinya.§ Al-Qurtubi berkata, ※Mereka berselisih pendapat, apakah tukang sihir diminta untuk menyingkirkan sigir dari orang yang disihir?§ Sa*id bin Musaiyyib membolehkannya berdasarkan riwayat yang disebutkan Bukhari. Al-Mazini juga cenderung kepada pendapat ini. Asy-Sya*ib berkata, ※Tidaklah mengapa dengan rawatan sihir ala Arab (nasyrah &arabiah), tetapi al-Hasan al-Bashri menilainya makruh.§ Saya berkata, ※Nasyrah ialah sejenis rawatan yang dipakai untuk merawat orang yang diduga kena sihir atau kesurupan jin.§ Ibnu Qudamah berkata, ※Adapun orang yang menyingkirkan sihir; jika dengan ayat-ayat Al-Quran, zikir, sumpah, atau ucapan yang tidak terlarang, tidaklah mengapa. Tetapi jika dengan sesuatu dari sihir, sesungguhnya Ahmad bin Hanbal telah mengambil sikap tawaquf (tidak memberi jawapan). Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, ※Tentang sabda Nabi SAW, ※Rawatan sir (nasyrah) itu dari perbuatan syaitan,§ dapat dijawab bahawa ia merupakan isyarat kepada prinsipnya; jika dimaksudkan untuk kebaikan, akan menjadi kebaikan, tetapi jika tidak, akan menjadi keburukan. Ia berkata, ※Tetapi berkemungkinan bahawa nasyrah (rawatan sihir) itu ada dua macam, iaitu sebagai berikut. Rawatan sihir yang dibolehkan, iaitu menyingkirkan sihir dengan Al-Quran, doa-doa, dan zikir-zikir yang disyariatkan> Rawatan sihir yang diharamkan, iaitu menyingkir sihir dengan sihir pula, dengan cara meminta pertolongan kepada syaitan, mendekatkan diri kepada mereka, istighathah kepada mereka, dan mencari reda mereka. Barangkali jenis rawatan sihir inilah yang dimaksudkan oleh sabda Nabi SAW, ※Rawatan sihir (dengan menggunakan sihir) itu dari perbuatan syaitan.§ Bagaimana mungkin bentuk rawatan sihir itu dibolehkan, sedangkan Nabi SAW dalam beberapa hadis telah melarang kita pergi ke tukang-tukang sihir dan tenung. Siapa yang mendatangi mereka dan membenarkan apa yang mereka katakan, sesungguhnya ia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW. Ibnul Qayyim berkata, ※Nasyrah ialah menyingkirkan sihir dari orang yang terkena sihir. Ia terdiri dari dua macam, iaitu: Menyingkirkan sihir dengan sihir yang sama. Cara ini termasuk perbuatan syaitan. Apa yang dikemukakan oleh Hasan al-Bashri hendaknya difahami dalam konteks ini. Orang yang melakukan rawatan sihir dan orang yang diubati melakukan pendekatan kepada syaitan dengan sesuatu yang diinginkan oleh syaitan sehingga ia mahu membantu menghilangkan sihir dari orang yang disihir tersebut. Menyingkirkan sihir dengan ruqyah, mu*awwizat, dan doa-doa yang dibenarkan. Tindakan ini dibolehkan. lihat semua
next page