IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:40 am —
Anak Dalam Rahim Diambil Jin? – IKHTIAR SYIFA

Anak Dalam Rahim Diambil Jin? – IKHTIAR SYIFA

Kejadian ibu hamil kehilangan anak dalam kandungan sering berlaku. Norzaimah Zakaria, 46 tahun yang sekarang tinggal di Pusat Latihan Polis, Serting, Negeri Sembilan pernah kehilangan bayi di dalam kandungan 7 bulan. Doktor memberitahu beliau tidak mengandung sedangkan beliau telah mendapat rawatan di hospital tempatan selama ini. Bidan kampung juga memberitahu beliau tidak mengandung dan tidak melahirkan anak. Sejak itu beliau sentiasa bermimpi bertemu dengan anaknya yang semakin membesar sehinggalah anak itu berusia 4 tahun di mana beliau tidak bermimpi lagi. Wan Nasiroh Wang Kecik, 30 tahun dari Taman Cempaka, Batu Kawan, Pulau Pinang juga mengalami kehilangan anak kelima 7 bulan dalam kandungan (Berita Harian 6 Julai 2006). Sedangkan beliau memiliki kad rawatan di klinik yang mengesahkan beliau sedang mengandung 7 bulan. Dalan kedua-dua kes ini apakah kaum jin telah mengambil anak mereka? Mungkinkah rawatan melahirkan bayi bagi kaum jin lebih maju hingga tidak meninggalkan bekas dan ibu tidak perlu melalui proses berpantang yang lama? Mungkinkah sebab itu jin mampu beranak ramai? Mungkinkah bidan-bidan Melayu mempelajari ilmu merawat ibu bersalin daripada kaum jin? Mungkinkah juga Nabi Isa AS yang dilahirkan oleh Siti Maryam dengan dibidani oleh kaum jin hingga proses melahirkan Nabi Isa AS menjadi begitu mudah hingga Siti Maryam tidak merasa sakit? Wallahu A’lam lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:39 am —
Meminta Pertolongan Kepada Jin – IKHTIAR SYIFA

Meminta Pertolongan Kepada Jin – IKHTIAR SYIFA

Umumnya ilmu sihir adalah menggunakan jin untuk membantu kehendak mereka sehingga apa sahaja yang mereka inginkan, jin akan melakukannya dengan penuh taat dan tunduk. Sebenarnya ketaatan jin kepada manusia adalah semata-mata apabila manusia ini mengikut percakapan dan arahan mereka. Di dalam kitab al-Futuhat telah dijelaskan bahawa umat Islam jangan sekali-kali bersahabat dengan mereka kerana yang demikian akan membawa fitnah yang besar walaupun jin itu mengaku sebagai seorang Islam atau beriman. Mereka menyangka dapat menundukkan jin sebagaimana Nabi Sulaiman AS, tetapi jangan lupa bahawa Nabi Allah Sulaiman mendapat kelebihan sedemikian dengan mukjizat dan baginda mengetahui nama-nama Allah al-Azam dan mukjizat sedangkan kita amat jauh perbezaan dengan baginda alihimussolatu wassalam. Memang dewasa ini di negara kita khususnya umat Islam apabila menghadapi masalah mereka akan bertemu dan memohon kepada tukang sihir tanpa memikirkan perkara itu boleh merosakkan akidah mereka. Kita wajib menghindarkan diri daripada perkara yang seumpama itu. Sekali-kali jangan bersyubhat dengan mereka yang melakukan syirik atau menyekutukan Allah kerana ini menyebabkan kita masuk neraka kekal selama-lamanya. Sebenarnya mereka telah melakukan perbuatan yang menyalahi hukum syarak. Seperti setengah daripada mereka beristinjak dengan susu, mengoyakkan al-Quran, bersemah memuja jin dan sebagainya sebagaimana yang dilakukan oleh orang jahiliah dan itulah yang disukai oleh jin. Jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan bahawa mentaati jin dan memohon pertolongan daripada mereka adalah kafir. Sebagaimana juga pendapat: Ibn Taimiyah Abul-Hasan al-Asy’ari Ibrahim al-Bajuri Al-Syeikh Mohd al-Mutawalli Oleh hal yang demikian apabila kita telah dirasuk oleh syaitan ataupun jin maka hendaklah kita mengubatinya dengan cara menurut yang diharuskan oleh syarak. Memohon pertolongan tukang sihir adalah haram dan boleh menyebabkan akidah kita menjadi rosak dan syahadah menjadi gugur akibat kembali kepada mereka yang memuja jin atau syaitan dalam apa cara sekalipun. lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:37 am —
Adanya Kerasukan Dalam Dalil-Dalil Syarie (Bhgn 1) – IKHTIAR SYIFA

Adanya Kerasukan Dalam Dalil-Dalil Syarie (Bhgn 1) – IKHTIAR SYIFA

Adanya kerasukan telah ditetapkan oleh dalil naqli (al-Quran dan al-Sunnah) dan dalil aqli (logik). Hal tersebut merupakan realiti yang telah terbukti. Hanya orang sombong dan pembangkang saja yang tidak mempercayainya. Dalil-Dalil dari al-Quran Allah SWT berfirman: Maksudnya: “Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual-beli dan mengaramkan riba. Orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya (terserah) kepada Allah. Prang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Baqarah: 275) Imam Qurtubi berkata, “Ayat ini menjadi dalil yang tidak menerima pendapat dan anggapan orang yang mengingkari realiti kerasukan jin serta mengatakan bahawa itu hanyalah sifat manusia sahaja. Dan bahawa syaitan tidak dapat merasuk pada diri manusia serta tidak boleh mengakibatkan gangguan (kerasukan).” Dalam menafsirkan ayat ini, Imam At-Thabari mengatakan, “Basyar bercerita kepada saya, ‘Yazid menceritakan daripada Said yang menceritakan daripada Qatadah, dia berkata, ‘Riba pada zaman Jahiliah ialah urusan jual beli dengan menunda pembayaran sampai masa tertentu.’ Jika masa yang telah ditentukan tiba, tetapi orang yang berhutang belum mampu membayarnya, maka di pemberi hutang akan menunda pembayaran namun dengan menambah sedikit harganya. Maka, Allah SWT berfirman kepada orang-orang yang menyuburkan amalan riba yang telah kita terangkan ciri-cirinya di dunia, bahawa di hari kiamat kelak, mereka akan dibangkitkan dari kubur seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan. Maksudnya, mereka akan dirasuki syaitan di dunia ini dan dibuat seperti orang gila.” Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata ketika mentafsiri ayat 275 surah al-Baqarah: Dengan: “Mereka akan berdiri seperti berdirinya seorang yang berpenyakit gila. Ketika sedang sakit, syaitan akan mempermainkannya. Hal demikian kerana mereka melakukan suatu kemungkaran.” Imam Al-Alusi berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang memakan (mengambil) harta riba, tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang kerasukan kerana tekanan penyakit gila di dunia ini. Lafaz “At-Takhabbuttu” (kerasukan) ialah suatu bentuk tindakan yang puncaknya ialah memukul dengan tangan terus menerus ke segala arah. Maksud firman Allah SWT “minalmassi” (lantaran gangguan) islah kegilaan. Jika ada yang berkata, “Mussarrajulu” (seseorang terganggu), menurut orang Arab bererti dia tertimpa penyakit gila kerana kerasukan jin. Sedangkan makna aslinya ialah menyentuh dengan tangan. Disebutkan sedemikian, kerana syaitan adakalanya menyentuh manusia, sehingga kelenjar-kelenjarnya rosak dan akhirnya ditimpa kegilaan.” Bersambung… lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:34 am —
Mungkinkah Ada “Qarin” Masuk Islam? – IKHTIAR SYIFA

Mungkinkah Ada “Qarin” Masuk Islam? – IKHTIAR SYIFA

Dr. Sulaiman al-Asyqar berkata, “Boleh jadi, setiap muslim dapat mempengaruhi qarin yang sentiasa menyertainya hingga dia masuk Islam.” Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab mereka (al-Musnad dan Ash-sahih), ‘Daripada Abdullah bin Masud RA, dia berkata, ‘Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kali pasti Allah ciptakan satu pendamping dari kalangan jin dan satu qarin dari kalangan malaikat.’ Para sahabat bertanya, ‘Termasuk anda wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Aku juga demikian. Tetapi Allah menolongku atasnya, sehingga dia masuk Islam dan dia selalu menyuruhku kepada kebaikan’.” Saya katakan, ‘Perkataan yang dikemukakan oleh Dr. Sulaiman al-Asyqar – Semoga Allah memeliharanya – masih perlu dipertimbangkan. Hal ini adalah kerana perkataannya ini menyatakan bahawa setiap umat Islam dapat mempengaruhi pendampingnya hingga dia masuk Islam, bahkan dengan tegas dia menyatakan hal tersebut. Walhal situasi permasalahannya bukan seperti itu, kerana zahir hadis di atas hanya dikhususkan bagi Rasulullah SAW untuk itu. Orang yang mengatakan bahawa itu bersifat umum (tidak dikhususkan bagi Rasulullah saja), dia harus mengemukakan dalil sementara sepengetahuan saya, tidak ada dalil yang menyatakan hal itu. Wallahu a’lam. Walaupun Umar bin Khattab merupakan seorang yang kuat keimanannya, kukuh akidahnya dan sangat komited terhadap agamanya, sehinggakan syaitan merasa takut kepadanya. Namun begitu beliau tetap tidak dapat mempengaruhi qarinnya daripada syaitan untuk masuk Islam. Di samping itu, jika seseorang Muslim – selain Nabi Muhammad SAW – dapat mempengaruhi syaitan hingga dia masuk Islam, nescaya hikmah daripada cubaan dan ujian akan lenyap. Orang yang beriman sudah pasti boleh melemahkan pengaruh syaitan yang ada dalam dirinya dengan banyak melakukan zikir, amal ketaatan, serta membaca al-Quran dan boleh juga dia merasa nikmat ketika mendengarkannya, sesuai dengan hadis marfu’ yang diriwayatkan daripada Abu Huraira RA, “Sesungguhnya orang beriman dapat mengendalikan syaitan, seperti dia mampu mengendalikan untanya dalam perjalanan.” Al-Haitsarni berkata, hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan di dalam rawinya terdapat Ibnu Lahi’aj. Pada barisan periwayat ada juga Musa bin Wirdan, orang yang diragukan. Di samping itu, Abdullah bin Lahi’ah tidak menyatakannya dengan lafaz tahdits (cerita). Ibnu Hibban menuduhnya dengan tadlis, dia berkata, “Sebenarnya dia ialah orang soleh, tetapi dia menipu orang-orang yang lemah.” Ini ialah catitan lain daripada hadis ini. lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:33 am —
JIN MUKMIN – Diberikan Ganjaran Syurga Seperti Manusia?

JIN MUKMIN – Diberikan Ganjaran Syurga Seperti Manusia?

Para ulama tidak kira sama ada dari kalangan salaf & khalaf, telah bersepakat bahawa jin kafir akan masuk neraka. Namun mereka berbeza pendapat mengenai jin Islam. Adakah mereka akan masuk syurga seperti manusia yang beriman? Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata, “Ada 4 pendapat para ulama mengenai hal ini: Jin Islam juga akan masuk syurga. Ini ialah pendapat majoriti ulama. Mereka bertempat tinggal di dalam syurga. Pendapat ini dipetik daripada Imam Malik & segolongan ulama yang lain. Mereka termasuk golongan Ashhtibul A’raf, (Golongan yang berada di atas pagar yang terletak di antara syurga & neraka). Tidak memberikan jawapan mengenai hal ini. Ibnu Kathir berkata, “Pada hakikatnya, jin Islam sama dengan manusia yang beriman. Mereka akan masuk syurga, dan ini ialah menurut mazhab jumhur ulama salaf. Sebahagian daripada mereka mengambil dalil dalam menyatakan hal ini daripada firman Allah SWT: “Mereka sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun oleh jin.” (Surah al-Rahman: 74) Namun pengambilan dalil daripada ayat ini masih perlu dipertimbangkan lagi. Dalil yang lebih tepat ialah firman Allah SWT: “Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada 2 syurga. Maka nikmat Tuhanmu yang mana, yang kamu dustakan?” (Surah al-Rahman: 46-47) Apa yang dimaksudkan dengan 2 syurga ialah yang 1 untuk manusia & yang lagi 1 untuk jin. Ada juga ahli tafsir yang berpendapat bahawa syurga dunia & syurga akhirat. Allah SWT memberikan kurnia berupa syurga kepada mereka yang berbuat kebajikan di kalangan jin & manusia. Ucapan syukur bangsa jin atas turunnya kurnia Allah ini lebih mendalam jika dibandingkan dengan manusia. Mereka mengatakan, “Tidak ada sedikit pun daripada berbagai2 kurnia-Mu yang kami dustakan wahai Tuhan kami, hanya untuk-Mu segala pujian”. Oleh itu, Allah SWT tidak akan menganugerahkan kepada mereka kenikmatan yang tidak boleh mereka raih.” Saya katakan, ‘Hal ini mengisyaratkan kepada hadis yang diriwayatkan Imam Tirmizi, daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa dia berkata, ‘Rasulullah SAW pernah membaca surah Al-Rahman hingga khatam. Lalu baginda bersabda, ‘Mengapa kalian hanya diam? Sesungguhnya jawapan dari kalangan jin lebih baik daripada kalian, setiap kali aku membacakan ayat ini: “Maka nikmat Tuhanmu yang mana, yang kamu dustakan?” (Surah al-Rahman: 47) Mereka selalu mengatakan, ‘Tidak ada sedikit pun daripada berbagai-bagai kurnia-Mu yang kami dustakan wahai Tuhan kami, hanya untuk-Mu segala puji’. Ibnu Taimiyyah berkata, “Di akhirat kelak, jin yang kafir akan diseksa, dan ini sudah menjadi kesepakatan di kalangan ulama. Jin yang beriman pula, akan masuk syurga, dan ini ialah pendapat jumhur ulama.” Dia berkata, “Ada sebuah riwayat yang mengatakan bahawa mereka berada di “Rabdhul Jannah” (suatu tempat di syurga yang boleh dilihat bangsa manusia, namun penghuninya tidak boleh melihat mereka). Pendapat ini dipetik daripada Imam Malik, Imam Syafie, Abu Yusuf dan Muhammad-dua ulama terkemuka yang merupakan murid Abu Hanifah- ada juga yang mengatakan bahawa ganjaran yang diperoleh kalangan jin ialah selamat daripada api neraka. Pendapat ini dipetik daripada Imam Abu Hanifah. lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:31 am —
Sihir Pemisah

Sihir Pemisah

Sifat kasih sayang yang wujud dalam diri manusia adalah anugerah Allah SWT. Walau bagaimanapun sifat ini boleh berubah serta merta jika ada pihak yang rasa tidak senang dengan seseorang apabila melihat kebahagiaan yang dimiliki. Maka, pendekatan sihir diambil bagi memastikan hasrat tersebut tercapai. Seseorang yang terkena sihir pemisah akan mengalami perubahan diri dengan tiba-tiba iaitu daripada cinta menjadi benci. Jika pasangan suami isteri, salah seorang yang disihir akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan walaupun ianya baik. Sebagai contoh, pandangan mata yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan. Berlaku juga salah seorang yang disihir akan merasa ragu antara sama lain yang boleh menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan walaupun punca daripada perkara yang kecil atau remeh-temeh. Keengganan meminta maaf mengakibatkan perkara tersebut menjadi besar. Contoh lain sihir pemisah seperti isteri benci kepada suaminya apabila berada di rumah. Sekiranya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci. Sihir ini merupakan rentetan daripada sihir pembenci melainkan dia lebih memfocuskan kepada pasangan suami isteri agar hubungan kedua-duanya bermasalah dan akhirnya membawa kepada penceraian. Sihir ini dikenali juga dengan nama sihir “at-Tafriq”. Al-Hafiz ibnu Kathir menjelaskan sebab penceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan penceraian. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 102: Terjemahannya: “…Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…” Seperti sihir yang lain, sihir pembenci atau pemisah ini dilakukan sama ada dengan menggunakan barang-barang seperti pakaian, air atau minyak yang dijampi, dipalit atau diletakkan pada tempat laluan mangsa, sesuatu yang dimasukkan ke dalam makanan seperti gula, kopi, beras dan lain-lain. Tanda berlakunya sihir “at-Tafriq” berlaku khususnya pasangan suami isteri iaitu perubahan daripada kasih kepada kebencian kepada apa sahaja secara tiba-tiba. Wujudnya kesangsian yang melampau antara suami isteri, sikap tidak boleh menerima kemaafan dan membesar-besarkan hal yang remeh-temeh. Pada pandangan mata suami melihat isteri yang cantik kelihatan hodoh dan sebaliknya juga berlaku kepada isteri. Apa yang menjadi pelik perasaan kebencian itu berlaku hanya pada tempat-tempat tertentu. Contohnya seorang suami ketika bersama isteri di luar rumah tiada masalah tetapi sebaik sahaja masuk ke dalam rumah dia akan merasa sangat rimas dan tidak tenteram. lihat semua
IZZA BOUTIQUE added a news
Oct 8, 2020 at 10:29 am —
Syaitan Manusia

Syaitan Manusia

Allah SWT menjelaskan bahawa syaitan adalah musuh kepada para nabi dan juga pada semua umat manusia. Hal ini kerana, syaitan akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai cara dan pendekatan. Dalam usaha ini juga pada syaitan memperdaya manusia dengan pelbagai tipu daya agar golongan manusia tersebut menjadi pengikut dan pembantu setiap mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 112: Terjemahannya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya, dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.” Dalam hadith, Nabi Muhammad SAW pernah menyebutkan kepada Abu Zar RA bahawa di kalangan manusia juga terdapat syaitan. Diriwayatkan daripada Abu Zar RA nerkata bahawa beliau telah masuk ke dalam masjid dan menuju kepada Rasulullah SAW serta duduk berhampiran baginda. Lalu, Nabi Muhammad SAW bersabda kepadanya: Terjemahannya: “Wahai Abu Zar, mohonlah perlindungan kepada Allah SWT daripada kejahatan syaitan-syaitan daripada kalangan jin dan manusia.” Lalu, bertanya (Abu Zar): “Adakah di kalangan manusia itu syaitan?” Jawab Rasulullah SAW: “Ya”.” Allah SWT menjelaskan bahawa iblis dan syaitan tidak mampu untuk menipu manusia kecuali penipuan itu berlaku kepada mereka yang mengambil syaitan sebagai ikutan atau mengikut langkah-langkah syaitan tersebut. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 42: Terjemahannya: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).” Malik bin Dinar berkata bahawa sesungguhnya syaitan manudia itu adalah jauh lebih jahat berbanding dengan syaitan jin. Ini kerana, jika dipohon perlindungan daripada Allah SWT, nescaya berundurlah syaitan jin itu. Sedangkan, syaitan manusia tetap akan datang dan menarik seseorang kepada maksiat. Manakala Ibnu Abbas pula menyatakan bahawa iblis telah membahagikan manusia kepada dua jenis golongan iaitu satu golongan lagi kepada manusia dengan tujuan untuk mencelakan mereka agar mereka menjadi musuh kepada Nabi Allah dan para aulia’Nya serta musuh kepada orang-orang yang beriman. Merujuk kepada hadith, siapakah yang dimaksudkan sebagai syaitan manusia? Syaitan manusia adalah merujuk kepada manusia yang berpura-pura baik pada zahirnya, menunjuk-nunjuk dalam amal ibadahnya, meminta dirinya diangkat sebagai pemimpin, tidak bersetuju dengan al-Quran dan hadith sebagai panduan hidup dan dyariat bahkan sehingga memperkecilkan al-Quran dan al-hadith dengan mengatakan ia tidak lagi sesuai untuk zaman ini, tergelincir iktikadnya, dan sebagainya lagi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa syaitan manusia adalah bertopengkan peribadi Muslim, tetapi gerak kerja dan tingkah laku peribadinya adalah bertakhtakan syaitan sebagai raja. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 144: Terjemahannya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?” Berdasarkan kepada perbincangan di atas, jelas memperlihatkan bahawa pelbagai cara yang telah dilakukan oleh manusia untuk mendampingi jin atau makhluk halus dengan bermatlamatkan sesuatu kepentingan. Namun demikuan, perdampingan tersebut bukan merupakan sesuatu yang diharapkan, apatah lagi ia bukan sesuatu yang digalakkan dalam ajaran Islam itu sendiri. Hal ini tidak lain kerana makhluk halus seperti syaitan, iblis dan termasuk jin mempunyai agenda khusus untuk menyesatkan manusia dengan membuat dan menjana pelbagai tipu daya yang kadangkala pada zahirnya nampak baik, tetapi sebenarnya adalah helah semata-mata. lihat semua
IZZA BOUTIQUE added new photo in Bubble Belly Oil
Oct 1, 2020 at 01:13 pm —
IZZA BOUTIQUE
next page