Hukum Mempelajari Sihir 每 IKHTIAR SYIFA

08 Oct 2020
Hukum Mempelajari Sihir 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata,

“Firman Allah, ‘Sesungguhnya, kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kamu kafir,’ (Al-Baqarah (2) : 102) mengandungi isyarat bahawa mempelajari sihir adalah kekafiran.”

Ibnu Qudamah berkata,

“Mempelajari sihir dan mengajarkannya adalah haram. Kami tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat tentang hal ini di kalangan ahli ilmu.”

Abu Abdullah ar-Razi berkata,

“Mengetahui sihir itu tidak buruk, juga tidak dilarang. Para ulama peneliti setakat dalam masalah ini kerana zat ilmu itu sendiri adalah mulia, demikian juga kerana keumuman firman Allah,

“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Apakah sama orang-orang’ yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?”
(Az-Zumar (39 : 9)

Juga kerana seandainya sihir itu tidak diketahui, nescaya tidak dibezakan antara sihir dan mukjizat, sedangkan mengetahui bahawa Allah merupakan Pemberi mukjizat adalah wajib. Sementara itu, juga ada kaedah yang mengatakan, ‘Apa yang suatu kewajipan tergantung kepadanya, sesuatu itu menjadi wajib/ Ini bererti mendapatkan ilmu pengetahuan tentang sihir adalah wajib. Jika ia merupakan sesuatu yang wajib, bagaimana boleh dikatakan haram dan buruk?”

Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata,

“Apa yang dikemukakan oleh ar-Razi tersebut perlu ditinjau dari beberapa aspek berikut ini.”

Pertanyaan bahawa ‘mengetahui sihir itu tidak buruk’. Jika yang dia maksud tidak buruk itu menurut akal, para penentangnya dari kaum Mu’tazilah telah menyanggah hal ini. Jika yang dia maksud tidak buruk itu menurut syariat, di dalam ayat, “Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman…,” (Al-Baqarah (2) : 102) terdapat kecaman terhadap upaya mempelajari sihir.

Di dalam hadis sahih juga disebutkan, ‘Siapa yang mendatangi seorang tukang tenung maka sesungguhnya dia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad.’ Di dalam as-Sunan juga disebutkan, ‘Sesiapa mengikatkan suatu ikatan kemudian meniup padanya maka ia telah melakukan sihir.’

Perkataannya ‘juga tidak dilarang’. Para ulama peneliti sepakat dalam masalah ini: bagaimana tidak dilarang, padahal telah terdapat ayat dan hadis sebagaimana kami sebutkan di atas. Selain itu, kesepakatan masalah ini dari para tokoh ulama atau dari majoriti mereka. Di manakah nas-nas kesepakatan yang dimaksudkan?

Selain itu, memasukkan sihir ke dalam keumuman firman Allah, “Katakanlah (wahai Muhammad), apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui, perlu ditinjau ulang kerana ayat ini hanya menunjukkan kepada pujian terhadap orang-orang yang berilmu dengan ilmu yang syar’i.”

Mengapakah anda katakan bahawa sihir termasuk darinyam kemudian anda naikkan menjadi wajib mempelajarinya, dengan dalih bahawa tidak boleh diketahui Allah sebagai Pemberi mukjizat kecuali dengan mengetahui sihir. Ini adalah dalil yang sangat lemah, bahkan rosak, kerana kebanyakkan mukjizat Rasulullah adalah Al-Quran yang tidak dapat dimasuki oleh kebatilan, baik dari arah depannya mahupun dari arah belakangnya, ia diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mulia.

Mengetahui bahawa Dia (Allah) adalah Pemberi mukjizat tidak tergantung sama sekali kepada pengetahuan tentang sihir. Selain tu, para sahabat, tabi’in, para imam kaum Muslimin dan kaum muslimin pada umumnya mengetahui bahawa Allah Pemberi mukjizat dan sihir, padahal mereka tidak mengetahui sihir, juga tidak pernah mempelajari ataupun mengajarkannya. Wallahu a’alam.”

Abu Hayyan di dalam al-Bahrul Muhith berkata,

“Adapun hukum mempelajari sihir, jika di antara sihir itu mengagungkan selain Allah seperti bintang-bintang dan syaitan serta menambahkan kepada apa yang telah diberitahu oleh Allah, secara ijmak dinyatakan kafir, tidak boleh dipelajari, dan tidak boleh diamalkan. Demikian pula jika tujuan mempelajarinya adalah untuk menumpahkan darah dan menceraikan suami isteri atau merosak persaudaraan. Jika tidak diketahui adanya sesuatu dari apa yang disebutkan di atas, tetapi ada kemungkinannya, jelas tidak dibolehkan mempelajarinya dan mengamalkannya.”

Jika termasuk jenis sihir pengelabuan, kejahatan, dan perdukunan, tidak dibenarkan mempelajarinya kerana termasuk kebatilan. Jika tujuannya bermain-main dan menghibur orang melalui kecepatan songlapnya, dinyatakan makruh. Saya berkata bahawa ini pendapat yang sangat baik. Pendapat inilah yang semestinya dijadikan pegangan dalam masalah ini.


Anda mempunyai 0 produk di dalam bakul. Adakah anda ingin semak keluar?
0 barang
Tukar ke versi mobile
Recent Updates
Langgan Risalah