Mungkinkah Ada ※Qarin§ Masuk Islam? 每 IKHTIAR SYIFA

08 Oct 2020
Mungkinkah Ada ※Qarin§ Masuk Islam? 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Dr. Sulaiman al-Asyqar berkata, “Boleh jadi, setiap muslim dapat mempengaruhi qarin yang sentiasa menyertainya hingga dia masuk Islam.”

Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab mereka (al-Musnad dan Ash-sahih), ‘Daripada Abdullah bin Masud RA, dia berkata, ‘Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap kali pasti Allah ciptakan satu pendamping dari kalangan jin dan satu qarin dari kalangan malaikat.’ Para sahabat bertanya, ‘Termasuk anda wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Aku juga demikian. Tetapi Allah menolongku atasnya, sehingga dia masuk Islam dan dia selalu menyuruhku kepada kebaikan’.”

Saya katakan, ‘Perkataan yang dikemukakan oleh Dr. Sulaiman al-Asyqar – Semoga Allah memeliharanya – masih perlu dipertimbangkan. Hal ini adalah kerana perkataannya ini menyatakan bahawa setiap umat Islam dapat mempengaruhi pendampingnya hingga dia masuk Islam, bahkan dengan tegas dia menyatakan hal tersebut.

Walhal situasi permasalahannya bukan seperti itu, kerana zahir hadis di atas hanya dikhususkan bagi Rasulullah SAW untuk itu. Orang yang mengatakan bahawa itu bersifat umum (tidak dikhususkan bagi Rasulullah saja), dia harus mengemukakan dalil sementara sepengetahuan saya, tidak ada dalil yang menyatakan hal itu. Wallahu a’lam.

Walaupun Umar bin Khattab merupakan seorang yang kuat keimanannya, kukuh akidahnya dan sangat komited terhadap agamanya, sehinggakan syaitan merasa takut kepadanya.

Namun begitu beliau tetap tidak dapat mempengaruhi qarinnya daripada syaitan untuk masuk Islam. Di samping itu, jika seseorang Muslim – selain Nabi Muhammad SAW – dapat mempengaruhi syaitan hingga dia masuk Islam, nescaya hikmah daripada cubaan dan ujian akan lenyap.

Orang yang beriman sudah pasti boleh melemahkan pengaruh syaitan yang ada dalam dirinya dengan banyak melakukan zikir, amal ketaatan, serta membaca al-Quran dan boleh juga dia merasa nikmat ketika mendengarkannya, sesuai dengan hadis marfu’ yang diriwayatkan daripada Abu Huraira RA,

“Sesungguhnya orang beriman dapat mengendalikan syaitan, seperti dia mampu mengendalikan untanya dalam perjalanan.” Al-Haitsarni berkata, hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan di dalam rawinya terdapat Ibnu Lahi’aj.

Pada barisan periwayat ada juga Musa bin Wirdan, orang yang diragukan.

Di samping itu, Abdullah bin Lahi’ah tidak menyatakannya dengan lafaz tahdits (cerita). Ibnu Hibban menuduhnya dengan tadlis, dia berkata, “Sebenarnya dia ialah orang soleh, tetapi dia menipu orang-orang yang lemah.” Ini ialah catitan lain daripada hadis ini.


Anda mempunyai 0 produk di dalam bakul. Adakah anda ingin semak keluar?
0 barang
Tukar ke versi mobile
Recent Updates
Langgan Risalah