JIN & SYAITAN

Sihir Untuk Menceraikan Suami Isteri 每 IKHTIAR SYIFA

Oct 8, 2020
Sihir Untuk Menceraikan Suami Isteri 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak melakukan sihir, hanya syaitan-syaitan itulah yang (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengerjakan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, ‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.’ Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalah mereka mengetahui.”

(Al-Bawarah (2) : 102)

Dari Jabir RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesungguhnya, Iblis meletakkan singgahsananay di atas air kemudian dia mengutus tenteranya. Yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang di antara mereka datang seraya berkata, ‘Kami belum berbuat apa-apa.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, ‘Kemudian salah seorang mereka datang seraya berkata, ‘Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya dari isterinya.’ Nabi SAW bersabda, ‘Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata, ‘Ya, kamu.” Al-A’masy (perawi) berkata, “Aku melihatnya (Nabi SAW) bersabda, “Kemudian dia menjadi pembantu setianya.”


a) Takrif Sihir Penceraian

Sihir penceraian adalah perbuatan sihir untuk menceraikan antara suami dan isteri atau untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua orang sahabat atau antara dua mitra. Macam-macamnya sihir penceraian:

  • Pemutusan hubungan antara seseorang dan ibunya,
  • Pemutusan hubungan antara seseorang dan bapanya,
  • Pemutusan hubungan antara seseorang dan saudaranya,
  • Pemutusan hubungan antara seseorang dan temannya,
  • Pemutusan hubungan antara seseorang dan mitranya dalam perdagangan atau lainnya,
  • Penceraian antara seorang suami dan isterinya. Jenis ini yang paling bahaya dan paling banyak tersebar.

b) Gejala-Gejala Sihir Penceraian

  • Berubahnya keadaan secara mendadak, dari cinta menjadi benci.
  • Banyak terjadi saling meragukan antara keduanya.
  • Tidak meminta maaf.
  • Memperbesar sebab perselisihan, sekalipun sangat remeh. Terbaliknya gambaran seorang suami di mata isterinya sangat buruk, sekalipun sebenarnya termasuk wanita paling cantik. Pada hakikatnya, syaitan yang ditugaskan melakukan sihir itulah yang tergambar di wajahnya dalam rupa yang buruk. Demikian pula si isteri melihat suaminya dalam wajah yang menakutkan.
  • Orang yang tersihir membenci setiap perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain (pasangannya).
  • Orang yang tersihir membenci tempat tinggal pihak lain, misalnya isteri melihat suami di luar rumah dalam keadaan jiwa yang baik, tetapi ketika masuk rumah dia merasa sempit berat.

Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata, “Sebab penceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadapnya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian.”

c) Bagaimana Terjadinya Sihir Penceraian?

Seseorang datang kepada tukang sihir dan meminta kepadanya agar menceraikan antara si fulan dan isterinya, kemudian tukang sihir meminta nama orang yang dimaksudkan dan nama ibunya berikut salah satu benda bekas pakainya (rambut, pakaian, atau pecinya).

Jika tidak boleh mendatangkan benda tersebut, tukang sihir itu akan mengerjakan dengan menggunakan air, misalnya, dan diperintahkan agar menuangkannya di jalan orang yang akan disihir tersebut. Bila orang itu melewatinya, sihir itu akan mengenainya. Boleh pula diletakkan di atas makanan dan minumannya.

Hukum Mempelajari Sihir 每 IKHTIAR SYIFA

Oct 8, 2020
Hukum Mempelajari Sihir 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata,

“Firman Allah, ‘Sesungguhnya, kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kamu kafir,’ (Al-Baqarah (2) : 102) mengandungi isyarat bahawa mempelajari sihir adalah kekafiran.”

Ibnu Qudamah berkata,

“Mempelajari sihir dan mengajarkannya adalah haram. Kami tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat tentang hal ini di kalangan ahli ilmu.”

Abu Abdullah ar-Razi berkata,

“Mengetahui sihir itu tidak buruk, juga tidak dilarang. Para ulama peneliti setakat dalam masalah ini kerana zat ilmu itu sendiri adalah mulia, demikian juga kerana keumuman firman Allah,

“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Apakah sama orang-orang’ yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?”
(Az-Zumar (39 : 9)

Juga kerana seandainya sihir itu tidak diketahui, nescaya tidak dibezakan antara sihir dan mukjizat, sedangkan mengetahui bahawa Allah merupakan Pemberi mukjizat adalah wajib. Sementara itu, juga ada kaedah yang mengatakan, ‘Apa yang suatu kewajipan tergantung kepadanya, sesuatu itu menjadi wajib/ Ini bererti mendapatkan ilmu pengetahuan tentang sihir adalah wajib. Jika ia merupakan sesuatu yang wajib, bagaimana boleh dikatakan haram dan buruk?”

Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata,

“Apa yang dikemukakan oleh ar-Razi tersebut perlu ditinjau dari beberapa aspek berikut ini.”

Pertanyaan bahawa ‘mengetahui sihir itu tidak buruk’. Jika yang dia maksud tidak buruk itu menurut akal, para penentangnya dari kaum Mu’tazilah telah menyanggah hal ini. Jika yang dia maksud tidak buruk itu menurut syariat, di dalam ayat, “Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman…,” (Al-Baqarah (2) : 102) terdapat kecaman terhadap upaya mempelajari sihir.

Di dalam hadis sahih juga disebutkan, ‘Siapa yang mendatangi seorang tukang tenung maka sesungguhnya dia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad.’ Di dalam as-Sunan juga disebutkan, ‘Sesiapa mengikatkan suatu ikatan kemudian meniup padanya maka ia telah melakukan sihir.’

Perkataannya ‘juga tidak dilarang’. Para ulama peneliti sepakat dalam masalah ini: bagaimana tidak dilarang, padahal telah terdapat ayat dan hadis sebagaimana kami sebutkan di atas. Selain itu, kesepakatan masalah ini dari para tokoh ulama atau dari majoriti mereka. Di manakah nas-nas kesepakatan yang dimaksudkan?

Selain itu, memasukkan sihir ke dalam keumuman firman Allah, “Katakanlah (wahai Muhammad), apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui, perlu ditinjau ulang kerana ayat ini hanya menunjukkan kepada pujian terhadap orang-orang yang berilmu dengan ilmu yang syar’i.”

Mengapakah anda katakan bahawa sihir termasuk darinyam kemudian anda naikkan menjadi wajib mempelajarinya, dengan dalih bahawa tidak boleh diketahui Allah sebagai Pemberi mukjizat kecuali dengan mengetahui sihir. Ini adalah dalil yang sangat lemah, bahkan rosak, kerana kebanyakkan mukjizat Rasulullah adalah Al-Quran yang tidak dapat dimasuki oleh kebatilan, baik dari arah depannya mahupun dari arah belakangnya, ia diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mulia.

Mengetahui bahawa Dia (Allah) adalah Pemberi mukjizat tidak tergantung sama sekali kepada pengetahuan tentang sihir. Selain tu, para sahabat, tabi’in, para imam kaum Muslimin dan kaum muslimin pada umumnya mengetahui bahawa Allah Pemberi mukjizat dan sihir, padahal mereka tidak mengetahui sihir, juga tidak pernah mempelajari ataupun mengajarkannya. Wallahu a’alam.”

Abu Hayyan di dalam al-Bahrul Muhith berkata,

“Adapun hukum mempelajari sihir, jika di antara sihir itu mengagungkan selain Allah seperti bintang-bintang dan syaitan serta menambahkan kepada apa yang telah diberitahu oleh Allah, secara ijmak dinyatakan kafir, tidak boleh dipelajari, dan tidak boleh diamalkan. Demikian pula jika tujuan mempelajarinya adalah untuk menumpahkan darah dan menceraikan suami isteri atau merosak persaudaraan. Jika tidak diketahui adanya sesuatu dari apa yang disebutkan di atas, tetapi ada kemungkinannya, jelas tidak dibolehkan mempelajarinya dan mengamalkannya.”

Jika termasuk jenis sihir pengelabuan, kejahatan, dan perdukunan, tidak dibenarkan mempelajarinya kerana termasuk kebatilan. Jika tujuannya bermain-main dan menghibur orang melalui kecepatan songlapnya, dinyatakan makruh. Saya berkata bahawa ini pendapat yang sangat baik. Pendapat inilah yang semestinya dijadikan pegangan dalam masalah ini.

Mengenali Antara Sihir, Karamah dan Mukjizat 每 IKHTIAR SYIFA

Oct 8, 2020
Mengenali Antara Sihir, Karamah dan Mukjizat 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Al-Maziri berkata, “Perbezaan antara sihir, mukjizat, dan karamah ialah bahawa sihir itu terjadi dengan bantuan sejumlah bacaan dan perbuatan sehingga terwujudlah apa yang diinginkan oleh tukang sihir. Adapun karamah tidak memerlukan hal tersebut, bahkan biasanya terjadi semata-mata kerana taufik dari Allah (tidak diprogram oleh orang yang mendapatkannya). Beza mukjizat dari karamah hanya dari segi disertainya tentangan dalam mukjizat.” Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Imamul Haramain memetik adanya ijmak bahawa sihir tidak akan muncul kecuali dari orang yang fasik, sedangkan karamah tidak akan muncul pada orang yang fasik.

Al-Hafiz juga berkata, “Mesti diperhatikan keadaan orang yang mengalami hal luar biasa tersebut. Jika dia berpegang teguh kepada syariat dan menjauhi berbagai kemaksiatan, hal luar biasa yang dialaminya adalah karamah. Jika tidak (berpegang kepada ajaran Islam), maka ia adalah sihir kerana sihir itu muncul dari salah satu jenisnya seperti membantu syaitan.”

Peringatan

Mungkin ada orang yang bukan tukang sihir dan tidak mengetahui sihir sama sekali, kemudian dia juga tidak berpegang teguh kepada syariat, bahkan mungkin melakukan berbagai kemaksiatan atau termasuk ahli bidaah dan penyembah kubur, tetapi muncul “hal luar biasa” pada dirinya.

Ini merupakan bantuan syaitan agar tariqat bidaahnya tampak bagus di mata orang dan diikutinya. Hal seperti ini banyak terjadi khususnya jika orang tersebut adalah pemimpin salah satu tariqah sufi yang penuh dengan bidaah.

Tiada Zuriat Punca Gangguan Jin? 每 IKHTIAR SYIFA

Oct 8, 2020
Tiada Zuriat Punca Gangguan Jin? 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Masalah sukar dapat zuriat itu terbahagi kepada dua iaitu yang berlaku secara tabii yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.

Masalah sukar dapat zuriat yang berlaku akibat Gangguan Jin mempunyai tanda-tanda tertentu, Antaranya;

  1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
  2. Kusut fikiran.
  3. Sakit dibahagian tulang-tulang belakang.
  4. Mengigau ketika tidur.
  5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Sukar mendapat zuriat yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Pertanyaan Lanjut:
>> PM kami di Facebook <<

Bolehkah Melawan Sihir Dengan Sihir? 每 IKHTIAR SYIFA

Oct 8, 2020
Bolehkah Melawan Sihir Dengan Sihir? 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh
  1. Qatadah berkata, “Aku berkata kepada Sa’id bin Musaiyyib, “Ada orang yang sakit atau diambil dari isterinya apakah boleh dibebaskan darinya atau diubati?”

    Ia berkata, “Tidaklah mengapa. Mereka hanyalah ingin melakukan ishlah (kebaikan). Adapun sesuatu yang bermanfaat maka tidak ada larangan darinya.”

  2. Al-Qurtubi berkata, “Mereka berselisih pendapat, apakah tukang sihir diminta untuk menyingkirkan sigir dari orang yang disihir?”

    Sa’id bin Musaiyyib membolehkannya berdasarkan riwayat yang disebutkan Bukhari. Al-Mazini juga cenderung kepada pendapat ini. Asy-Sya’ib berkata, “Tidaklah mengapa dengan rawatan sihir ala Arab (nasyrah ‘arabiah), tetapi al-Hasan al-Bashri menilainya makruh.”

    Saya berkata, “Nasyrah ialah sejenis rawatan yang dipakai untuk merawat orang yang diduga kena sihir atau kesurupan jin.”

  3. Ibnu Qudamah berkata, “Adapun orang yang menyingkirkan sihir; jika dengan ayat-ayat Al-Quran, zikir, sumpah, atau ucapan yang tidak terlarang, tidaklah mengapa. Tetapi jika dengan sesuatu dari sihir, sesungguhnya Ahmad bin Hanbal telah mengambil sikap tawaquf (tidak memberi jawapan).

  4. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Tentang sabda Nabi SAW,

    “Rawatan sir (nasyrah) itu dari perbuatan syaitan,” dapat dijawab bahawa ia merupakan isyarat kepada prinsipnya; jika dimaksudkan untuk kebaikan, akan menjadi kebaikan, tetapi jika tidak, akan menjadi keburukan.

    Ia berkata, “Tetapi berkemungkinan bahawa nasyrah (rawatan sihir) itu ada dua macam, iaitu sebagai berikut.

    1. Rawatan sihir yang dibolehkan, iaitu menyingkirkan sihir dengan Al-Quran, doa-doa, dan zikir-zikir yang disyariatkan>

    2. Rawatan sihir yang diharamkan, iaitu menyingkir sihir dengan sihir pula, dengan cara meminta pertolongan kepada syaitan, mendekatkan diri kepada mereka, istighathah kepada mereka, dan mencari reda mereka. Barangkali jenis rawatan sihir inilah yang dimaksudkan oleh sabda Nabi SAW, “Rawatan sihir (dengan menggunakan sihir) itu dari perbuatan syaitan.” Bagaimana mungkin bentuk rawatan sihir itu dibolehkan, sedangkan Nabi SAW dalam beberapa hadis telah melarang kita pergi ke tukang-tukang sihir dan tenung. Siapa yang mendatangi mereka dan membenarkan apa yang mereka katakan, sesungguhnya ia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

  5. Ibnul Qayyim berkata, “Nasyrah ialah menyingkirkan sihir dari orang yang terkena sihir. Ia terdiri dari dua macam, iaitu:

    1. Menyingkirkan sihir dengan sihir yang sama. Cara ini termasuk perbuatan syaitan. Apa yang dikemukakan oleh Hasan al-Bashri hendaknya difahami dalam konteks ini. Orang yang melakukan rawatan sihir dan orang yang diubati melakukan pendekatan kepada syaitan dengan sesuatu yang diinginkan oleh syaitan sehingga ia mahu membantu menghilangkan sihir dari orang yang disihir tersebut.

    2. Menyingkirkan sihir dengan ruqyah, mu’awwizat, dan doa-doa yang dibenarkan. Tindakan ini dibolehkan.

Anak Dalam Rahim Diambil Jin? 每 IKHTIAR SYIFA

Oct 8, 2020
Anak Dalam Rahim Diambil Jin? 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Kejadian ibu hamil kehilangan anak dalam kandungan sering berlaku. Norzaimah Zakaria, 46 tahun yang sekarang tinggal di Pusat Latihan Polis, Serting, Negeri Sembilan pernah kehilangan bayi di dalam kandungan 7 bulan. Doktor memberitahu beliau tidak mengandung sedangkan beliau telah mendapat rawatan di hospital tempatan selama ini.

Bidan kampung juga memberitahu beliau tidak mengandung dan tidak melahirkan anak. Sejak itu beliau sentiasa bermimpi bertemu dengan anaknya yang semakin membesar sehinggalah anak itu berusia 4 tahun di mana beliau tidak bermimpi lagi.

Wan Nasiroh Wang Kecik, 30 tahun dari Taman Cempaka, Batu Kawan, Pulau Pinang juga mengalami kehilangan anak kelima 7 bulan dalam kandungan (Berita Harian 6 Julai 2006). Sedangkan beliau memiliki kad rawatan di klinik yang mengesahkan beliau sedang mengandung 7 bulan.

Dalan kedua-dua kes ini apakah kaum jin telah mengambil anak mereka? Mungkinkah rawatan melahirkan bayi bagi kaum jin lebih maju hingga tidak meninggalkan bekas dan ibu tidak perlu melalui proses berpantang yang lama? Mungkinkah sebab itu jin mampu beranak ramai? Mungkinkah bidan-bidan Melayu mempelajari ilmu merawat ibu bersalin daripada kaum jin?

Mungkinkah juga Nabi Isa AS yang dilahirkan oleh Siti Maryam dengan dibidani oleh kaum jin hingga proses melahirkan Nabi Isa AS menjadi begitu mudah hingga Siti Maryam tidak merasa sakit?

Wallahu A’lam

Meminta Pertolongan Kepada Jin 每 IKHTIAR SYIFA

Oct 8, 2020
Meminta Pertolongan Kepada Jin 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Umumnya ilmu sihir adalah menggunakan jin untuk membantu kehendak mereka sehingga apa sahaja yang mereka inginkan, jin akan melakukannya dengan penuh taat dan tunduk.

Sebenarnya ketaatan jin kepada manusia adalah semata-mata apabila manusia ini mengikut percakapan dan arahan mereka. Di dalam kitab al-Futuhat telah dijelaskan bahawa umat Islam jangan sekali-kali bersahabat dengan mereka kerana yang demikian akan membawa fitnah yang besar walaupun jin itu mengaku sebagai seorang Islam atau beriman.

Mereka menyangka dapat menundukkan jin sebagaimana Nabi Sulaiman AS, tetapi jangan lupa bahawa Nabi Allah Sulaiman mendapat kelebihan sedemikian dengan mukjizat dan baginda mengetahui nama-nama Allah al-Azam dan mukjizat sedangkan kita amat jauh perbezaan dengan baginda alihimussolatu wassalam.

Memang dewasa ini di negara kita khususnya umat Islam apabila menghadapi masalah mereka akan bertemu dan memohon kepada tukang sihir tanpa memikirkan perkara itu boleh merosakkan akidah mereka. Kita wajib menghindarkan diri daripada perkara yang seumpama itu. Sekali-kali jangan bersyubhat dengan mereka yang melakukan syirik atau menyekutukan Allah kerana ini menyebabkan kita masuk neraka kekal selama-lamanya. Sebenarnya mereka telah melakukan perbuatan yang menyalahi hukum syarak.

Seperti setengah daripada mereka beristinjak dengan susu, mengoyakkan al-Quran, bersemah memuja jin dan sebagainya sebagaimana yang dilakukan oleh orang jahiliah dan itulah yang disukai oleh jin.

Jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan bahawa mentaati jin dan memohon pertolongan daripada mereka adalah kafir.

Sebagaimana juga pendapat:

  1. Ibn Taimiyah
  2. Abul-Hasan al-Asy’ari
  3. Ibrahim al-Bajuri
  4. Al-Syeikh Mohd al-Mutawalli

Oleh hal yang demikian apabila kita telah dirasuk oleh syaitan ataupun jin maka hendaklah kita mengubatinya dengan cara menurut yang diharuskan oleh syarak. Memohon pertolongan tukang sihir adalah haram dan boleh menyebabkan akidah kita menjadi rosak dan syahadah menjadi gugur akibat kembali kepada mereka yang memuja jin atau syaitan dalam apa cara sekalipun.

Adanya Kerasukan Dalam Dalil-Dalil Syarie (Bhgn 1) 每 IKHTIAR SYIFA

Oct 8, 2020
Adanya Kerasukan Dalam Dalil-Dalil Syarie (Bhgn 1) 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Adanya kerasukan telah ditetapkan oleh dalil naqli (al-Quran dan al-Sunnah) dan dalil aqli (logik). Hal tersebut merupakan realiti yang telah terbukti. Hanya orang sombong dan pembangkang saja yang tidak mempercayainya.

  1. Dalil-Dalil dari al-Quran

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual-beli dan mengaramkan riba. Orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya (terserah) kepada Allah. Prang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”
(Surah al-Baqarah: 275)

Imam Qurtubi berkata, “Ayat ini menjadi dalil yang tidak menerima pendapat dan anggapan orang yang mengingkari realiti kerasukan jin serta mengatakan bahawa itu hanyalah sifat manusia sahaja. Dan bahawa syaitan tidak dapat merasuk pada diri manusia serta tidak boleh mengakibatkan gangguan (kerasukan).”

Dalam menafsirkan ayat ini, Imam At-Thabari mengatakan, “Basyar bercerita kepada saya, ‘Yazid menceritakan daripada Said yang menceritakan daripada Qatadah, dia berkata, ‘Riba pada zaman Jahiliah ialah urusan jual beli dengan menunda pembayaran sampai masa tertentu.’

Jika masa yang telah ditentukan tiba, tetapi orang yang berhutang belum mampu membayarnya, maka di pemberi hutang akan menunda pembayaran namun dengan menambah sedikit harganya. Maka, Allah SWT berfirman kepada orang-orang yang menyuburkan amalan riba yang telah kita terangkan ciri-cirinya di dunia, bahawa di hari kiamat kelak, mereka akan dibangkitkan dari kubur seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan. Maksudnya, mereka akan dirasuki syaitan di dunia ini dan dibuat seperti orang gila.”

Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata ketika mentafsiri ayat 275 surah al-Baqarah:

Dengan: “Mereka akan berdiri seperti berdirinya seorang yang berpenyakit gila. Ketika sedang sakit, syaitan akan mempermainkannya. Hal demikian kerana mereka melakukan suatu kemungkaran.”

Imam Al-Alusi berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang memakan (mengambil) harta riba, tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang kerasukan kerana tekanan penyakit gila di dunia ini. Lafaz “At-Takhabbuttu” (kerasukan) ialah suatu bentuk tindakan yang puncaknya ialah memukul dengan tangan terus menerus ke segala arah. Maksud firman Allah SWT “minalmassi” (lantaran gangguan) islah kegilaan. Jika ada yang berkata, “Mussarrajulu” (seseorang terganggu), menurut orang Arab bererti dia tertimpa penyakit gila kerana kerasukan jin. Sedangkan makna aslinya ialah menyentuh dengan tangan. Disebutkan sedemikian, kerana syaitan adakalanya menyentuh manusia, sehingga kelenjar-kelenjarnya rosak dan akhirnya ditimpa kegilaan.”

Bersambung…

Mungkinkah Ada ※Qarin§ Masuk Islam? 每 IKHTIAR SYIFA

Oct 8, 2020
Mungkinkah Ada ※Qarin§ Masuk Islam? 每 IKHTIAR SYIFA
Melihat Saiz Penuh

Dr. Sulaiman al-Asyqar berkata, “Boleh jadi, setiap muslim dapat mempengaruhi qarin yang sentiasa menyertainya hingga dia masuk Islam.”

Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab mereka (al-Musnad dan Ash-sahih), ‘Daripada Abdullah bin Masud RA, dia berkata, ‘Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap kali pasti Allah ciptakan satu pendamping dari kalangan jin dan satu qarin dari kalangan malaikat.’ Para sahabat bertanya, ‘Termasuk anda wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Aku juga demikian. Tetapi Allah menolongku atasnya, sehingga dia masuk Islam dan dia selalu menyuruhku kepada kebaikan’.”

Saya katakan, ‘Perkataan yang dikemukakan oleh Dr. Sulaiman al-Asyqar – Semoga Allah memeliharanya – masih perlu dipertimbangkan. Hal ini adalah kerana perkataannya ini menyatakan bahawa setiap umat Islam dapat mempengaruhi pendampingnya hingga dia masuk Islam, bahkan dengan tegas dia menyatakan hal tersebut.

Walhal situasi permasalahannya bukan seperti itu, kerana zahir hadis di atas hanya dikhususkan bagi Rasulullah SAW untuk itu. Orang yang mengatakan bahawa itu bersifat umum (tidak dikhususkan bagi Rasulullah saja), dia harus mengemukakan dalil sementara sepengetahuan saya, tidak ada dalil yang menyatakan hal itu. Wallahu a’lam.

Walaupun Umar bin Khattab merupakan seorang yang kuat keimanannya, kukuh akidahnya dan sangat komited terhadap agamanya, sehinggakan syaitan merasa takut kepadanya.

Namun begitu beliau tetap tidak dapat mempengaruhi qarinnya daripada syaitan untuk masuk Islam. Di samping itu, jika seseorang Muslim – selain Nabi Muhammad SAW – dapat mempengaruhi syaitan hingga dia masuk Islam, nescaya hikmah daripada cubaan dan ujian akan lenyap.

Orang yang beriman sudah pasti boleh melemahkan pengaruh syaitan yang ada dalam dirinya dengan banyak melakukan zikir, amal ketaatan, serta membaca al-Quran dan boleh juga dia merasa nikmat ketika mendengarkannya, sesuai dengan hadis marfu’ yang diriwayatkan daripada Abu Huraira RA,

“Sesungguhnya orang beriman dapat mengendalikan syaitan, seperti dia mampu mengendalikan untanya dalam perjalanan.” Al-Haitsarni berkata, hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan di dalam rawinya terdapat Ibnu Lahi’aj.

Pada barisan periwayat ada juga Musa bin Wirdan, orang yang diragukan.

Di samping itu, Abdullah bin Lahi’ah tidak menyatakannya dengan lafaz tahdits (cerita). Ibnu Hibban menuduhnya dengan tadlis, dia berkata, “Sebenarnya dia ialah orang soleh, tetapi dia menipu orang-orang yang lemah.” Ini ialah catitan lain daripada hadis ini.

JIN MUKMIN 每 Diberikan Ganjaran Syurga Seperti Manusia?

Oct 8, 2020
JIN MUKMIN 每 Diberikan Ganjaran Syurga Seperti Manusia?
Melihat Saiz Penuh

Para ulama tidak kira sama ada dari kalangan salaf & khalaf, telah bersepakat bahawa jin kafir akan masuk neraka. Namun mereka berbeza pendapat mengenai jin Islam. Adakah mereka akan masuk syurga seperti manusia yang beriman? Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata, “Ada 4 pendapat para ulama mengenai hal ini:

  1. Jin Islam juga akan masuk syurga. Ini ialah pendapat majoriti ulama.
  2. Mereka bertempat tinggal di dalam syurga. Pendapat ini dipetik daripada Imam Malik & segolongan ulama yang lain.
  3. Mereka termasuk golongan Ashhtibul A’raf, (Golongan yang berada di atas pagar yang terletak di antara syurga & neraka).
  4. Tidak memberikan jawapan mengenai hal ini.

Ibnu Kathir berkata, “Pada hakikatnya, jin Islam sama dengan manusia yang beriman. Mereka akan masuk syurga, dan ini ialah menurut mazhab jumhur ulama salaf. Sebahagian daripada mereka mengambil dalil dalam menyatakan hal ini daripada firman Allah SWT:

“Mereka sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun oleh jin.” (Surah al-Rahman: 74)

Namun pengambilan dalil daripada ayat ini masih perlu dipertimbangkan lagi. Dalil yang lebih tepat ialah firman Allah SWT:

“Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada 2 syurga. Maka nikmat Tuhanmu yang mana, yang kamu dustakan?”
(Surah al-Rahman: 46-47)

Apa yang dimaksudkan dengan 2 syurga ialah yang 1 untuk manusia & yang lagi 1 untuk jin. Ada juga ahli tafsir yang berpendapat bahawa syurga dunia & syurga akhirat. Allah SWT memberikan kurnia berupa syurga kepada mereka yang berbuat kebajikan di kalangan jin & manusia. Ucapan syukur bangsa jin atas turunnya kurnia Allah ini lebih mendalam jika dibandingkan dengan manusia. Mereka mengatakan, “Tidak ada sedikit pun daripada berbagai2 kurnia-Mu yang kami dustakan wahai Tuhan kami, hanya untuk-Mu segala pujian”. Oleh itu, Allah SWT tidak akan menganugerahkan kepada mereka kenikmatan yang tidak boleh mereka raih.”

Saya katakan, ‘Hal ini mengisyaratkan kepada hadis yang diriwayatkan Imam Tirmizi, daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa dia berkata, ‘Rasulullah SAW pernah membaca surah Al-Rahman hingga khatam. Lalu baginda bersabda, ‘Mengapa kalian hanya diam? Sesungguhnya jawapan dari kalangan jin lebih baik daripada kalian, setiap kali aku membacakan ayat ini:

“Maka nikmat Tuhanmu yang mana, yang kamu dustakan?”
(Surah al-Rahman: 47)

Mereka selalu mengatakan, ‘Tidak ada sedikit pun daripada berbagai-bagai kurnia-Mu yang kami dustakan wahai Tuhan kami, hanya untuk-Mu segala puji’.

Ibnu Taimiyyah berkata, “Di akhirat kelak, jin yang kafir akan diseksa, dan ini sudah menjadi kesepakatan di kalangan ulama. Jin yang beriman pula, akan masuk syurga, dan ini ialah pendapat jumhur ulama.”

Dia berkata, “Ada sebuah riwayat yang mengatakan bahawa mereka berada di “Rabdhul Jannah” (suatu tempat di syurga yang boleh dilihat bangsa manusia, namun penghuninya tidak boleh melihat mereka). Pendapat ini dipetik daripada Imam Malik, Imam Syafie, Abu Yusuf dan Muhammad-dua ulama terkemuka yang merupakan murid Abu Hanifah- ada juga yang mengatakan bahawa ganjaran yang diperoleh kalangan jin ialah selamat daripada api neraka. Pendapat ini dipetik daripada Imam Abu Hanifah.

Sihir Pemisah

Oct 8, 2020
Sihir Pemisah
Melihat Saiz Penuh

Sifat kasih sayang yang wujud dalam diri manusia adalah anugerah Allah SWT. Walau bagaimanapun sifat ini boleh berubah serta merta jika ada pihak yang rasa tidak senang dengan seseorang apabila melihat kebahagiaan yang dimiliki. Maka, pendekatan sihir diambil bagi memastikan hasrat tersebut tercapai.

Seseorang yang terkena sihir pemisah akan mengalami perubahan diri dengan tiba-tiba iaitu daripada cinta menjadi benci. Jika pasangan suami isteri, salah seorang yang disihir akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan walaupun ianya baik. Sebagai contoh, pandangan mata yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

Berlaku juga salah seorang yang disihir akan merasa ragu antara sama lain yang boleh menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan walaupun punca daripada perkara yang kecil atau remeh-temeh. Keengganan meminta maaf mengakibatkan perkara tersebut menjadi besar. Contoh lain sihir pemisah seperti isteri benci kepada suaminya apabila berada di rumah. Sekiranya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

Sihir ini merupakan rentetan daripada sihir pembenci melainkan dia lebih memfocuskan kepada pasangan suami isteri agar hubungan kedua-duanya bermasalah dan akhirnya membawa kepada penceraian. Sihir ini dikenali juga dengan nama sihir “at-Tafriq”. Al-Hafiz ibnu Kathir menjelaskan sebab penceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan penceraian.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 102:

Terjemahannya: “…Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Seperti sihir yang lain, sihir pembenci atau pemisah ini dilakukan sama ada dengan menggunakan barang-barang seperti pakaian, air atau minyak yang dijampi, dipalit atau diletakkan pada tempat laluan mangsa, sesuatu yang dimasukkan ke dalam makanan seperti gula, kopi, beras dan lain-lain.

Tanda berlakunya sihir “at-Tafriq” berlaku khususnya pasangan suami isteri iaitu perubahan daripada kasih kepada kebencian kepada apa sahaja secara tiba-tiba. Wujudnya kesangsian yang melampau antara suami isteri, sikap tidak boleh menerima kemaafan dan membesar-besarkan hal yang remeh-temeh. Pada pandangan mata suami melihat isteri yang cantik kelihatan hodoh dan sebaliknya juga berlaku kepada isteri.

Apa yang menjadi pelik perasaan kebencian itu berlaku hanya pada tempat-tempat tertentu. Contohnya seorang suami ketika bersama isteri di luar rumah tiada masalah tetapi sebaik sahaja masuk ke dalam rumah dia akan merasa sangat rimas dan tidak tenteram.

Syaitan Manusia

Oct 8, 2020
Syaitan Manusia
Melihat Saiz Penuh

Allah SWT menjelaskan bahawa syaitan adalah musuh kepada para nabi dan juga pada semua umat manusia. Hal ini kerana, syaitan akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai cara dan pendekatan. Dalam usaha ini juga pada syaitan memperdaya manusia dengan pelbagai tipu daya agar golongan manusia tersebut menjadi pengikut dan pembantu setiap mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 112:

Terjemahannya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya, dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”

Dalam hadith, Nabi Muhammad SAW pernah menyebutkan kepada Abu Zar RA bahawa di kalangan manusia juga terdapat syaitan. Diriwayatkan daripada Abu Zar RA nerkata bahawa beliau telah masuk ke dalam masjid dan menuju kepada Rasulullah SAW serta duduk berhampiran baginda. Lalu, Nabi Muhammad SAW bersabda kepadanya:

Terjemahannya: “Wahai Abu Zar, mohonlah perlindungan kepada Allah SWT daripada kejahatan syaitan-syaitan daripada kalangan jin dan manusia.” Lalu, bertanya (Abu Zar): “Adakah di kalangan manusia itu syaitan?” Jawab Rasulullah SAW: “Ya”.”

Allah SWT menjelaskan bahawa iblis dan syaitan tidak mampu untuk menipu manusia kecuali penipuan itu berlaku kepada mereka yang mengambil syaitan sebagai ikutan atau mengikut langkah-langkah syaitan tersebut.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 42:

Terjemahannya: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).”

Malik bin Dinar berkata bahawa sesungguhnya syaitan manudia itu adalah jauh lebih jahat berbanding dengan syaitan jin. Ini kerana, jika dipohon perlindungan daripada Allah SWT, nescaya berundurlah syaitan jin itu. Sedangkan, syaitan manusia tetap akan datang dan menarik seseorang kepada maksiat.

Manakala Ibnu Abbas pula menyatakan bahawa iblis telah membahagikan manusia kepada dua jenis golongan iaitu satu golongan lagi kepada manusia dengan tujuan untuk mencelakan mereka agar mereka menjadi musuh kepada Nabi Allah dan para aulia’Nya serta musuh kepada orang-orang yang beriman.

Merujuk kepada hadith, siapakah yang dimaksudkan sebagai syaitan manusia? Syaitan manusia adalah merujuk kepada manusia yang berpura-pura baik pada zahirnya, menunjuk-nunjuk dalam amal ibadahnya, meminta dirinya diangkat sebagai pemimpin, tidak bersetuju dengan al-Quran dan hadith sebagai panduan hidup dan dyariat bahkan sehingga memperkecilkan al-Quran dan al-hadith dengan mengatakan ia tidak lagi sesuai untuk zaman ini, tergelincir iktikadnya, dan sebagainya lagi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa syaitan manusia adalah bertopengkan peribadi Muslim, tetapi gerak kerja dan tingkah laku peribadinya adalah bertakhtakan syaitan sebagai raja.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 144:

Terjemahannya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?”

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, jelas memperlihatkan bahawa pelbagai cara yang telah dilakukan oleh manusia untuk mendampingi jin atau makhluk halus dengan bermatlamatkan sesuatu kepentingan. Namun demikuan, perdampingan tersebut bukan merupakan sesuatu yang diharapkan, apatah lagi ia bukan sesuatu yang digalakkan dalam ajaran Islam itu sendiri. Hal ini tidak lain kerana makhluk halus seperti syaitan, iblis dan termasuk jin mempunyai agenda khusus untuk menyesatkan manusia dengan membuat dan menjana pelbagai tipu daya yang kadangkala pada zahirnya nampak baik, tetapi sebenarnya adalah helah semata-mata.


Anda mempunyai 0 produk di dalam bakul. Adakah anda ingin semak keluar?
0 barang
Tukar ke versi mobile
Recent Updates
Langgan Risalah